Hari ini saya menemuramah penduduk kampung Bestari Jaya untuk mendapatkan maklumat semasa banjir. Saya telah bertemu dengan Puan Shalina Ahmad, 58. Dia menceritakan keadaan semasa banjir amat sulit kerana dia tinggal seorang diri kerana anak-anaknya telah berhijrah dari kampung tersebut.
Pelbagai isu yang telah dikemukakan oleh Puan Shalina antaranya kerosakan barangan elektronik dan perabot. Anggaran kerosakan hampir mencecah ribuan ringgit akibat bencana banjir.
Namun, Puan Shalina tegas mengetengahkan tentang isu bantuan kepada mangsa banjir hanya di satu tempat sahaja. Kata beliau “bagus awak semua datang ke rumah untuk menghantar bantuan, mudah utk orang seperti saya menerimanya”.
Kata-katanya membuatkan saya terfikir akan nasib orang tua, OKU dan anak-anak kecil yang tidak mengerti untuk mendapatkan bantuan di suatu tempat sahaja.
Pendapat saya sebagai akhir kata, sukarelawan atau ahli-ahli badan yang lain perlu cakna dengan keadaan mangsa banjir supaya mereka tidak teraniaya ketika dalam keadaan susah. Seperti kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Harapan saya akan datang, saya dapat menyertai misi bantuan kepada mangsa banjir atau apa-apa sahaja keadaan bencana yang memerlukan bantuan.