Pengalaman Melihat Sunset di Sky Mirror Kuala Selangor Malaysia

Semua rakan-rakan teruja apabila diberitahu kami akan bersama-sama menikmati pengalaman melihat sunset di Sky Mirror Kuala Selangor. Ia agak mencabar kerana kami dimaklumkan perjalanan menaiki bot ke Sky Mirror mungkin akan dibatalkan sekiranya hari hujan. Kami akan dibawa ke lokasi Sky Mirror ketika air agak surut di Sky Mirror. Masing-masing berdoa agar hari tidak hujan.

Kami tiba di Jeti Sky Mirror sekitar pukul 4 petang. Kebanyakan dari kami membawa atau membeli topi kerana hari agak panas. Setelah solat Asar di surau Jeti Sky Mirror, kami menaiki bot. Ada nasi lemak dan air mineral disediakan di dalam bot.

Nasib baik tiada yang pening atau muntah semasa menaiki bot. Sampai ke lokasi Sky Mirror, semua berdebar-debar turun dari bot kerana lokasi Sky Mirror seolah-olah pulau kecil di tengah laut. Kami diberikan prop payung berwarna–warni. Masing-masing mula tangkap gambar sendiri dan bersama rakan-rakan.

Kemudian kami dikumpulkan supaya jurufoto professional dapat mengambil gambar kami dengan effect foto yang cantik. Semua ceria dan gembira melihat hasil foto yang diambil jurufoto professional.

Setelah cukup masa, kami semua diminta menaiki bot untuk pulang semula ke Jeti Sky Mirror. Ini merupakan pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Beberapa hari selepas itu, kami diemailkan google drive koleksi foto beserta effect foto yang telah diambil semasa di Sky Mirror. Semua rakan ceria memuat naik foto masing-masing di sosial media untuk berkongsi keceriaan dengan rakan-rakan lain.

2 Likes

Hello @IrnyIshak welcome to the connect family.

Thanks for sharing this post with us :smiling_face_with_three_hearts:.

If you want to know about " how to tell a story from photographs" then please go through from this .

https://www.localguidesconnect.com/t5/General-Discussion/How-to-tell-a-story-through-your-photography/m-p/1446275#M353544

1 Like

Hallo @IrnyIshak

Membacanya cerita pengalaman yang di bagi di sini terasa begitu seru . Semua orang terlihst happy . Saya jarang menaiki boat jadi jadi saya ingin merasakan pengalaman tersebut . Semoga saya tidak mabuk laut juga .

Ngomong ngomong sambil naik boat bisakah sekalian memancing ikan jiga ? Kan lumayan berwisata dapat oleh -oleh ikan .

Terima kasih untuk berbagi pengalaman serunya bersama kami .