Pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi Bandar Baru Bangi adalah pada 6 September 2011 di mana aku terbang dari Malaysia Timur; yakni Kudat, Sabah untuk melanjutkan pelajaranku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kini, usai sudah 9 tahun, aku masih di bumi Bangi. Entah mengapa, hidup ku memang sudah sinonim dengan Bangi, selamanya Bangi. 9 tahun lepas, beratku hanyalah 55kg, kini di tahun 2020, ianya sudah mencecah 75kg, dekad baru, 2020, maka 20kg pertambahan beratku. Ajaib bukan?
Bukan apa, Bangi menyajikan antara makanan-makanan yang terenak di bumi Malaysia di mana ianya dikelilingi oleh peniaga makanan tersohor dari segala segmen iaitu bermula dari warung, kedai makan biasa, kedai hipsters mahupun restoran “fine dining” seperti Me’Nate. Ku koleksikan ratapan usus-ususku selama 9 tahun di wadah ini.
Yang benar,
Al